Monday, March 12, 2012

smokey purple

assalammualaikum.

lama tak update.
p1yimax suspended gara-gara semua dah tak dok duit nak bayar before cuti sem haritu.
so, after settle all the debt.
at last dapat lah jugak online

first sekali, ALHAMDULILLAH.
aku menang contest makeover yang aku join haritu kat entry ni.
first place. (-_-')
tak sangka sebenarnya boleh menang sebab contest tu dipilih oleh diorang sendiri.
alhamdulillah again sebab gambar yang dipertaruhkan berjaya menambat hati para juri.
ayat skema dari saya.


so,korang boleh follow blog penganjur yang awesome ni.
sakurashawl.com & cik nurul pinky
terima kasih sebab beri saya peluang ni. :D

back to the topic.
actually, before naik sem haritu dah plan dengan cik harleny nak buat purple smokey eyes.
tapi baru berkesempatan makeup masa naik sem ni.
disebabkan da naik sem, shida menjadi mangsa. hehe

so,here the result.





gambar original from experia x10 shida. non edited.

puas hati sangat tengok result die even ada kekurangan.
apa yang aku suka kat shida ni.
dia ada eyelid yang luas.
so,bile buat smokey eyes,sangat-sangat dramatik.

so,please drop a comment here kalau ada pape yang boleh diperbaiki.
dan kalau nak tengok harleny punya result.
boleh tengok blog dia and follow sekali ok.
klik----------> http://harlenyramli.blogspot.com

see ya. :D

Tuesday, February 28, 2012

romantic makeup look

assalammualaikum.

lama dah tak update blog.
busy like PrimeMinister of malaysia.
:D
so,semalam masa berdikusi dengan cik ain.

aku: apa nak jadi dengan blog kita ni.
ain: tu la.aku pun tak tau nak update apa.
aku: barang makeup hang banyak tak?
ain: boleh lah kalau nak makeup saja.
aku: jom kita main pondok2.eh salah. main makeup2.nak tak?
ain: nak.nak.

dialog ni aku main ubah sana sini.
but the main point is, we try to make change to our blog to be updated instead of keep this blog berhabuks-habuks.
so, we decided to make a romantic makeup look together and update it here.
sila baca with the british slank like harry potter.


so.here the look.:D

so, aku inspired romantic makeup look ni mesti la something yang pink sikit.

soft brown eyebrow,pink nude liptick, pink blush.
bulu mata belah kiri da kero.:D nude lipstick my everytime fav

gam bulu mata da habis. dua-dua dah kero.

peach pinkish eyeshadow.

brown sikit dekat crease.

at last, aku tanggal kan bulu mata.rimas tercabut-cabut.
nak gam bulu mata baru.

ha.first time aku buat turban style ni.aku main balut je kepala aku.
so,jadi lah macam ni. pelik sikit la aku tengok muka aku.
tapi ok je kot style ni untuk event besaq-besaq.
kalau keluar pakai macam ni mesti orang dok tengok 2 3 kali.
eh,yuna ke?perasan.


so,tu je lah untuk harini
korang boleh check it out ain nye hasil.
here-----> http://blognieainpunye.blogspot.com/
romantic ke idok?
bye

Saturday, February 18, 2012

purple eyeshadow

assalammualaikum. :D

hai hai hai.
macam iklan tv ko buat.
harini aku pergi driving school untuk attend class 6 jam tu.
since aku da ada lesen motor, terus potong attend class ni je untuk dapat L.
minah rerempit aku ni.:D
yeah. di umur 22 tahun baru nak ambil lesen kereta.
kalau ikut kan, tunggu aku habis degree baru aku buat.

disebab kan daddy cool aku tiba-tiba je dia baik hati and sesangat la hensem time tu nak support, terus terima tanpa pikir kan cuti sem tinggal lagi 2 minggu.
kenapa lah ayah ta offer awal2.

disebab kan parents aku yang tegas kan kalau nak something kena usaha sendiri.
tu pasal aku ambil lesen motor dulu,disebab kan dulu kerja part time MCD yang penat je lebih.
tapi bayar seciput.
lepas ni keluar video MCD lak,lepas KFC menjadi popular di malaysia.
walau apa pun. i lebiu la daddy. wink wink

okey.cerita tak dak kena mngena langsung dengan tajuk entry aku.
tu baru mukadimah,tetiba hari ni aku nak mencarut lebih. hehe
semalam, dok aku tengah boring.
aku terpikir.
lama nya tak update blog.
nak shutdown je la.sebelum hackers hack blog aku ni.
macam popular pulak kau hackers nak datang.okey.jangan gelak.
sedang aku melayari alam maya.
aku jumpa video ni.
purple eye shadow tutorial

ni je la modal aku kalau nak buat entry baru.hihi
at least aku berusaha kot tak nak biar kan blog aku buat sarang labah-labah.

barang aku guna of course la tak sama.
sebab barang aku murah je.
and da tentu lah tak sama outcome dia.
tapi aku suka.
ada feeling artis-artis gitew.hehe


 outcome.:D

purple2 gitu.

kening tak cukur.hide dengan concealer.
bulu mata sebelah da kero.hehe



yang lain ni gambar perasan artis je.
kalau tak nak tengok.cepat tekan bawah.

tu je la yang aku nak tunjuk.
kalau ada orang request nak tau aku pakai makeup apa.
baru aku update.hihi
okey.

bye.


Monday, February 13, 2012

contest makeover makeup

assalammualaikum. :D

hai korang.
dah lama tak update kan.
bukan busy, tapi tak berapa sihat.
demam, selsema and bla bla bla.hehe

haritu, masa tengah ber'social networking'.hewhew :)
akak tya adnan, MUA yang meletop-letop kalau makeup kan orang ada post pasal contest ni.
korang boleh like fanpage dia tya's touch
bila aku baca-baca. wow. best gila contest ni.
simple je kot.
just makeup then tempek muka kat blog dan diorang akan judge.
so, aku pun try ajak membe aku yang lain.
nasib cik ain kita ni masuk ye.
aku pun nak cuba nasib je.
kalau dapat tu rezeki. :D


apa yang korang kena buat just like fanpage sakurashawl.com & cik nurul pinky CNP
mekeme ni le yang cik-cik organizer nye.

then buat blog post macam aku ha.thats all.
tapi sorry la.aku lambat sikit
esok dah due date. hehe.
tapi sempat.ade 24jam lagi. :D
okey. jom tengok gambar aku makeup.

Bismillah.
before
eyebag aku tuh memang bela. hee.:D


after







biasa lah, gambar after harus lah banyak ye.
sebab da cantik.hehe
ni je gambar yang dipertaruhkan.
hee.:D 
amat berbeza ye sebelum and selepas.
next step just tag 3 orang membe
so,
aku tag 3 orang membe 

then tinggal kan link kat blog organizer. sakurashawl.com dan inidiarinurul.blogspot.
semudah tu je. macam iklan sikit

details yang lain korang boleh search dalam blog organizer or just click gambar kat atas.
hadiah dia best wo.
menang ke tak belakang cerite.

apa tunggu lagi?
pakat ramai-ramai jom join contest ni.

jumpa lagi.
bye <3


Monday, January 30, 2012

farah's makeover.

assalammualaikum.

here another entry about makeup.
yela. aku tak keluar rumah.
aktiviti aku cuti semester ni banyak dipraktiskan di dalam rumah ye.
antara nya memasak, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, hadap lappy, tengok ytube layan hyo rin n bla bla bla.:D
so, nothing interesting in my life currently yang boleh share dengan korang selain dari aktiviti makeup aku yang da berkurun aku buat tapi baru nak publish kat blog.
boleh kan?
maybe ada yang da tengok dalam FB aku.
but now, let's check it out here bebeh.

ni farah shahida a.k.a fasha. my classmate. ni gambar before dimakeover kan.:D
|
|
|
|
|
|

\
taraaa! after. 

she happy with the result. just eyeshadow tu need more blending. ececeh.
kening tak cukur, cover guna concealer je.

fara cakap rupa dia lain. macam biasa lah. makeup tebal. tapi still sweet macam dia jugak kan. heeeee

aku suka tang kening. haha. aku rasa aku berjaya buat kening even orang komen kening tu pekat sangat. aku pun perasan jugak. tapi nak try eyebrow pencil baru beli.:)

pose farah. 

aku rasa shading hidung tak jadi. sebab tak teror.

oo yah. lupa nak bagitau. eyeshadow colour ni tak inspired dari mana-mana youtuber. aku main hentam je.

biru+purple. ramai MUA suka combination ni.

farah. i like your pose.hee.:D

candid yang comel.

thanks farah sebab sudi dimakeover kan oleh aku.
makeover la sangat kan.
puas aku pujuk dia ni datang rumah sewa aku.
puas aku dok paksa-paksa.
at last, datang jugak dia.
thanks sayang.
aku suka la tengok orang cantik, and happy dapat cantik kan orang.:D

even ada orang kutuk-kutuk ke.
its normal.
aku terima apa yang diorang cakap.
okey. itu je lah untuk harini.

bye.


Sunday, January 29, 2012

colourful look makeup.

assalammualaikum.

hai semua.
harini aku macam gatal tangan je nak conteng muka sendiri.
lepas da buat semua kerja rumah. *bajet rajin.
aku pun dok tegolek atas katil.
dok pikir. apa aku nak buat ni.
aku pun terpikir nak tengok youtube.
nak makeup2 lah.
and i found this.

colourful look guna 120 palette mac.

since aku ada palette tu. 
tapi aku punya fake.
and most of the colour tu aku tak pernah sentuh pun.
sebab aku pun tak tau nak guna.
so, aku decide nak cuba tutorial ni.
ni lah hasil nya.


ada kuning, oren, merah, purple dan hitam.


with flash.



bawah mata ada warna biru. tp tak jelas.

gambar eyeshadow tak jelas pula. deym betol.
aku tak ada camera canggih ni.
ni semua gambar non edited ok.
however, aku still puas hati lah dengan tutorial ni.
at least terluang la masa aku dengan aktiviti yang sihat. hehe
tengok gambar pun ok la kan?
nak buat vidoe. oo. belom tiba masa nya. hee.:D

bye.

Saturday, January 28, 2012

arabic makeup.

assalammualaikum.

hai there. yes you. yaa.you lah.:D
just a silly joke.
harini aku nak story sikit pasal first try makeup arabic theme untuk shida.
tapi ni cerita lama da kot. 2 bulan yang lepas.
tak ingat exact date dia bila.
start sini la first time aku makeup2 orang lain dari diri sendiri untuk publish kat orang ramai.hee:D
paham? tak paham tak pe.
cerita nya macam ni.
dua bulan yang lepas tu, uitm ada buat program then ada lak arabic runaway competition.
at first aku nak join and ajak la shida sekali.
lepastu dengan tak prepare apa.
aku decide, takpe. biar shida masuk, aku makeup kan dia.
sebab aku rasa shida lagi layak kot  masuk.
lagipun aku ada penyakit darah gemuruh depan orang ramai. hee:D

aku ada lah buat trial makeup dulu before runaway tu.
gigih cari dalam youtube nak buat reference.

so.jom tengok gambar. jom. jom.

ni shida, my bestie.

 first trial. hijau.
shading hidung tu pelik sikit. first try kan.:D


 first response dari shida. dia puas hati la. dia cakap muka dia lain. of course la. tebal pulak makeup ni.

fesyen yg dia nak pakai nanti. jurai2 bagai. baru la arabic kot.

inspired from this video.
suka gila tengok makeup dia. buat kat shida. jadi sikit kot. hee:D

yang ni second trial.
ada beads kat mata dia. eyeshadow warna biru.

fake lashes tebukak da. hee. double pulak, tu yg berat kot.
outcome aku nak tak sama lak dengan yang aku nak buat. 
shida cakap still okey. cuma dia suka yang before ni.

yang ni pulak. inspired from this video.

ni masa runaway tu. tak ambil gambar close up lak.

alhamdulillah. on that day, shida dapat tempat ke 2 dari 21 orang peserta.
bangga la jugak even tukang makeup je pon.
she is really amazing. relax gila masa kena tanya bagai
kalau aku.da mengigil2 da.
nervous yang tak dapat dikawal.
haa.:D
start dari ni. aku confidence sikit la.
sebab shida banyak jugak bagi aku kepercayaan untuk makeup kan dia.
bukan pujian yang aku harapkan.
dan bukan wang tunai jugak aku mahukan.
just kepuasan diri sendiri.
do comment pasal makeup kat atas ye.
maybe resolution gambar tak terang sangat.
non edited.

bye. <3