Monday, January 30, 2012

farah's makeover.

assalammualaikum.

here another entry about makeup.
yela. aku tak keluar rumah.
aktiviti aku cuti semester ni banyak dipraktiskan di dalam rumah ye.
antara nya memasak, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, hadap lappy, tengok ytube layan hyo rin n bla bla bla.:D
so, nothing interesting in my life currently yang boleh share dengan korang selain dari aktiviti makeup aku yang da berkurun aku buat tapi baru nak publish kat blog.
boleh kan?
maybe ada yang da tengok dalam FB aku.
but now, let's check it out here bebeh.

ni farah shahida a.k.a fasha. my classmate. ni gambar before dimakeover kan.:D
|
|
|
|
|
|

\
taraaa! after. 

she happy with the result. just eyeshadow tu need more blending. ececeh.
kening tak cukur, cover guna concealer je.

fara cakap rupa dia lain. macam biasa lah. makeup tebal. tapi still sweet macam dia jugak kan. heeeee

aku suka tang kening. haha. aku rasa aku berjaya buat kening even orang komen kening tu pekat sangat. aku pun perasan jugak. tapi nak try eyebrow pencil baru beli.:)

pose farah. 

aku rasa shading hidung tak jadi. sebab tak teror.

oo yah. lupa nak bagitau. eyeshadow colour ni tak inspired dari mana-mana youtuber. aku main hentam je.

biru+purple. ramai MUA suka combination ni.

farah. i like your pose.hee.:D

candid yang comel.

thanks farah sebab sudi dimakeover kan oleh aku.
makeover la sangat kan.
puas aku pujuk dia ni datang rumah sewa aku.
puas aku dok paksa-paksa.
at last, datang jugak dia.
thanks sayang.
aku suka la tengok orang cantik, and happy dapat cantik kan orang.:D

even ada orang kutuk-kutuk ke.
its normal.
aku terima apa yang diorang cakap.
okey. itu je lah untuk harini.

bye.


Sunday, January 29, 2012

colourful look makeup.

assalammualaikum.

hai semua.
harini aku macam gatal tangan je nak conteng muka sendiri.
lepas da buat semua kerja rumah. *bajet rajin.
aku pun dok tegolek atas katil.
dok pikir. apa aku nak buat ni.
aku pun terpikir nak tengok youtube.
nak makeup2 lah.
and i found this.

colourful look guna 120 palette mac.

since aku ada palette tu. 
tapi aku punya fake.
and most of the colour tu aku tak pernah sentuh pun.
sebab aku pun tak tau nak guna.
so, aku decide nak cuba tutorial ni.
ni lah hasil nya.


ada kuning, oren, merah, purple dan hitam.


with flash.



bawah mata ada warna biru. tp tak jelas.

gambar eyeshadow tak jelas pula. deym betol.
aku tak ada camera canggih ni.
ni semua gambar non edited ok.
however, aku still puas hati lah dengan tutorial ni.
at least terluang la masa aku dengan aktiviti yang sihat. hehe
tengok gambar pun ok la kan?
nak buat vidoe. oo. belom tiba masa nya. hee.:D

bye.

Saturday, January 28, 2012

arabic makeup.

assalammualaikum.

hai there. yes you. yaa.you lah.:D
just a silly joke.
harini aku nak story sikit pasal first try makeup arabic theme untuk shida.
tapi ni cerita lama da kot. 2 bulan yang lepas.
tak ingat exact date dia bila.
start sini la first time aku makeup2 orang lain dari diri sendiri untuk publish kat orang ramai.hee:D
paham? tak paham tak pe.
cerita nya macam ni.
dua bulan yang lepas tu, uitm ada buat program then ada lak arabic runaway competition.
at first aku nak join and ajak la shida sekali.
lepastu dengan tak prepare apa.
aku decide, takpe. biar shida masuk, aku makeup kan dia.
sebab aku rasa shida lagi layak kot  masuk.
lagipun aku ada penyakit darah gemuruh depan orang ramai. hee:D

aku ada lah buat trial makeup dulu before runaway tu.
gigih cari dalam youtube nak buat reference.

so.jom tengok gambar. jom. jom.

ni shida, my bestie.

 first trial. hijau.
shading hidung tu pelik sikit. first try kan.:D


 first response dari shida. dia puas hati la. dia cakap muka dia lain. of course la. tebal pulak makeup ni.

fesyen yg dia nak pakai nanti. jurai2 bagai. baru la arabic kot.

inspired from this video.
suka gila tengok makeup dia. buat kat shida. jadi sikit kot. hee:D

yang ni second trial.
ada beads kat mata dia. eyeshadow warna biru.

fake lashes tebukak da. hee. double pulak, tu yg berat kot.
outcome aku nak tak sama lak dengan yang aku nak buat. 
shida cakap still okey. cuma dia suka yang before ni.

yang ni pulak. inspired from this video.

ni masa runaway tu. tak ambil gambar close up lak.

alhamdulillah. on that day, shida dapat tempat ke 2 dari 21 orang peserta.
bangga la jugak even tukang makeup je pon.
she is really amazing. relax gila masa kena tanya bagai
kalau aku.da mengigil2 da.
nervous yang tak dapat dikawal.
haa.:D
start dari ni. aku confidence sikit la.
sebab shida banyak jugak bagi aku kepercayaan untuk makeup kan dia.
bukan pujian yang aku harapkan.
dan bukan wang tunai jugak aku mahukan.
just kepuasan diri sendiri.
do comment pasal makeup kat atas ye.
maybe resolution gambar tak terang sangat.
non edited.

bye. <3



Thursday, January 26, 2012

sambal ayam

assalammualaikum.

harini bangun tidur je mama cakap.
"mama malas nak masak harini. nak rehat,"
ha. ayat tu macam nak pancing aku je kan.
mama oo mama.
tapi aku gagah kan diri jugak pergi masak.
tengok apa ada dalam peti ais, aku panggil icebox.
ada ayam, daging, sayor pulak ada bendi.
so. aku plan masak ayam sambal dengan bendi goreng.
tengok ade telo masin. rebus je la.

alhamdulillah. rezeki harini.

da boleh kahwin kan?hee.:D
petang ni nak pergi jog.
nak kurus kan. haha.
bye.


makeup for girl.

assalammualaikum.

hey korang.
what's up?
last entry aku ada cakap nak update about my new hobby.
baca title post ni je da tau kan.
yahh. aku tak tau since when aku minat makeup2 ni.
tapi ketara since semester 4 ni la.
di dalam ke'busy'an aku tu. aku ada jugak masa nak makeup2 kan. hee.:D
tengok tuto dalam youtube.
makeup kat muka sendiri n do a little makeover to my friends.
dan tunggu komen2 yang membina dari kawan-kawan.
tak dinafikan aku jugak senang terpengaruh, tengok orang tu cantik je, aku nak try jugak.
mula minat makeup ni since aku start baca blog fyna kot.
she is totally inspired me.
even aku jarang berblog, tp aku rajin la jugak blogwalking.
dia sekarang da start buat business mengandam just mula dari minat je.
bagus kan dia.
aku tak ada pun terpikir sampai ke situ.
aku tak ada pun barang mahal-mahal macam mac, bobbi brown n estee lauder.
tapi semua nya barang biasa yang aku beli guna duit pt.:D
ada orang yang suka outcome yang kau buat. ada yang tak
tapi its okey. nama pun belajar kan.

so. lets picture talk.:O
 ni first aku buat makeup siap shading bagai. even kening tah pape.:D

ni inspired by kak rose jr. makeup artis senior. 




 ni makeup dr blog fyna. yg chinese new year makeup tu.:D tp warna x vibrant sgt sebab guna webcam je kot.



first try buat smokey eyes. purple.

actually aku malu nak post gambar ni and cerita pasal minat aku ni.
mesti orang akan cakap, makeup tak cantik pun nak tunjuk.haha.
tapi tak salah kan kalau aku share.
banyak lagi sebenar nya.
kalau okey, please comment kat bawah ni untuk menguat kan semanagat aku teruskan hobi ni.hee.:D

lepas ni kalau aku gatal tangan nak conteng-conteng diri sendiri.
aku akan share kat korang.

lepas ni upload gambar makeover membe aku lak k.hee:D
bye.


Tuesday, January 24, 2012

janji palsu.

assalammulaikum guys.

mesti korang macam pelik.
eh.bile mase aku follow blog ni?
eh bukan da lama gila ke dia tak update?
eh baik tak payah buat blog kalau setakat buat entry setahun dua kali.

yaa. i know that.
aku ni manusia paling malas nak update blog.
bagi aku, blog aku ni just untuk sampaikan apa yang aku rasa je.
and totally when i am free.

semester 4 bachelor in accountancy its not an easy part.
all the bacc's student will respond the same as i do.
memang gila susah, busy, test melambak, assignment melambak, subjek membunuh je.

ade 8 subjek yang aku ambil sem ni.
antara nya

FAR400-financial accountancy (the most tough paper of accountancy that i ever had)
MAF420-management accountancy (not bad, tp still susah)
CRG520-corporate governance (theory paper, of coz un-favorite subject hee :O)
MGT-organizational behaviour (aku tak tau la kenapa aku kena ambil subjek ni, 4 credit hour, n of coz, aku tak minat )
PSA420-public sector accounting (20% calculation and 80% theory,okey la kot)
BEL- public speaking (aku suka, lec sungguh bagus)
CTU553- ni paper berkenanan etnik kot. tp ustaz aku asyik cerita pasal politik dia tu. malas nak layan.
BAB- arabic language. (suka, suka, test sume main tengok orang sebelah)

masa sem 3, banyak kali jugak la ake dengar senior cakap sem4 susah.
tapi aku rasa. ala. mesti boleh punya lah.
tapi, bila aku kat sem 4.
seriously, aku rase hidup aku tak teratur gila.
nak catch up subjek tu, subjek ni.
dalam minggu yang sama. melambak-lambak test.
assgment due date.
tak masuk lagi quiz semua.

hmm.apa pun. ALHAMDULILLAH.
sem 4 ni dah pun berakhir.
macam tak percaya lak nak sem 5 da.
just tunggu result sem4 je la.
and harapkan semua paper lulus.

so. sebulan cuti sem ni.
taknak kerja.
nak duduk rumah.
rehat.belajar masak.online.blogging.
sorry sebab buat janji palsu nak update blog dengan lebih kerap di entry2 lepas.
i'm so stupid.
next entry nak share kat korang hobi baru aku.hee.:D
till then
bye.:D